Sunday, October 24, 2010

SERIBU PERSOALAN

Apakah yang dimaksudkan dengan SERAMA REJEK?
Adakah ia bermaksud ayam serama yang tidak menjadi, tidak tarik @ selam?
ini antara persoalan besar yang timbul di kalangan pelayar2 blog seramarejek.

Sebenarnya pembinaan blog seramarejek bertujuan memaparkan kepada penggemar2 seni kecantikan ayam serama bahawa ayam serama yang kurang cantik (dari darah juara & tersohor)juga mampu menghasilkan anak2 yang boleh dikatakan segak dan bergaya. samaada melalui proses inbreeding @ out breeding, terpulang kepada bijak pandai breeder itu sendiri.
sesetengah breeder terlalu percaya kepada sesuatu baka dan tidak percaya kepada baka2 lain walaupun baka tersebut adalah dari darah juara juga.oleh itu breeder ini hanya bertumpu pada sesuatu baka sahaja dalam breeding mereka.
sebenarnya ayam serama boleh juga di adunkan dengan dua darah juara yang berlainan baka bagi menghasilkan anak2 serama yang bergaya serta lawan meja. tapi kaedah ini akan memakan masa yang agak lama bagi menghasilkan anak2 serama yang bergaya, selam serta lawan meja.ia mesti melalui beberapa generasi bagi menyesuaikan darah ibu & darah bapa.
walaubagaimanapun sekiranya darah ibu & darah bapa itu bersesuaian maka masa yang lama tidak diperlukan bagi menghasilkan anak2 serama yang bergaya serta lawan meja,cuma yang perlu usaha, keberanian dan yang paling penting kepercayaan terhadap sesuatu baka yang kita ingin hasilkan itu.
inilah sebenarnya yang cuba dipaparkan oleh seramarejek. SR sebenarnya ayam serama yang dibeli dari breeder2 tersohor, samaada tersohor di musim2 yang lepas @ terkini @ tersohor dari dulu hingga kini. samaada masih hidup ataupun telah kembali kerahmatullah, samaada dibeli dengan harga murah atapun mahal, tetapi ayam2 tersebut tidak berpotensi untuk memasuki arena pertandingan,samaada tidak bergaya langsung @ mengalami kecacatan @ aksesorinya kurang sempurna.
ayam2 sebeginilah yang dikatakan serama rejek oleh penulis blog. serama umpama inilah dijadikan pembaka utama SR sebab itulah blog ini dinamakan blog SERAMAREJEK.
antaranya gambar yang pernah di paparkan sebelum ini dalam seramarejek. dan antara lain pembaka utama SR yang ingin dipaparkan dan dikongsi bersama.
                                                                   baka berdarah limbat
                                                         baka berdarah awang selamat

baka berdarah uban @ syawal

No comments:

Post a Comment